Trauma seorang guru wanita yang berdedikasi
Oleh Alias Ismail
KUALA BERANG 28 Jan. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini mendedahkan trauma seorang guru wanita yang mengajar penuh dedikasi di sebuah sekolah di Selangor.
‘‘Guru itu disaman oleh ibu bapa seorang murid yang didendanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah,’’ kata Setiausaha Agung KPPK, Lok Yim Pheng kepada Utusan Malaysia, di sini.
Guru itu terpaksa naik-turun mahkamah selama dua tahun dan digantung tugas serta gaji selama kira-kira setahun setengah.
‘‘Masyarakat keliling mencemuh dan melabel guru itu dengan gelaran kurang enak hingga dia malu keluar dari rumah. Siapa yang ambil tahu semua itu dan mahu membelanya?,” ujarnya.
Beliau memberitahu, guru itu akhirnya menang dalam perbicaraan dua minggu lepas dengan kos RM60,000 yang ditanggung oleh KPPK kerana beliau merupakan ahli kesatuan.
Sementara itu, Presiden KPPK, Ismail Nihat ketika dihubungi berkata, guru terbabit akan mendapat semula gaji yang digantung sepanjang perbicaraan itu selepas ini.
Yim Pheng berkata, guru kena berhati-hati dalam melaksanakan kerja dan jangan menganggap apabila berniat baik saja maka mereka terlepas daripada tindakan saman ibu bapa pelajar.
“Guru perlu jaga kebajikan dan kerja ikut peraturan. Jika ada masalah, bincang dengan majikan dan jika ahli KPPK, segera berurusan dengan kami,” ujarnya.
Kata beliau, walaupun guru tersebut berniat baik, namun apabila disaman oleh keluarga pelajar, proses pembelaan menjadi panjang dan berliku.
Berdasarkan pemerhatian kesatuan itu, trend berkenaan kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saman
Menurut beliau, guru sekarang setiap hari terdedah kepada saman kerana kebanyakan ibu bapa tidak melihat sekolah sebagai institusi yang membentuk akhlak dan kelakuan pelajar sebaliknya lebih terarah kepada pencapaian akademik semata-mata.
‘‘Guru kena ingat mereka terdedah kepada saman ibu bapa, sebab itu sekarang guru tidak boleh menyuruh pelajar mencuci tandas atau mengutip sampah kerana dikhuatiri tindakan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan ibu bapa.
‘‘Walaupun tindakan guru itu murni, namun ia terdedah kepada saman terutama bagi mereka yang mengajar di kawasan bandar,” katanya Yim Pheng.
Apa nak jadi ngan masyarakat kat malaysia pon aku tak tau...anak kena denda ngan cikgu pon nak saman cikgu...kalo cikgu tu pukul anak ko sampai berdarah mmg aa patut pon kena saman..tapi kalo setakat denda buat lagi byk homework ke..kena sebat rotan skali dua...kena berdiri sampai abes klas..all that is nothing man. tapi mmg kesian betul cikgu nih..susah nak carik cikgu yg betul2 ambik perhatian kat anak murid dia skang...bile ada jer cikgu camtu..mak bapak gi saman..mana tak mat rempit berduyun2 kat malaysia skang nih? "mak nak duit beli motor"...ko bagi duit beli moto..."ayah nak duit beli tu..ayah nak duit beli ni"..korang bagi...damn man...aku bongsu pon tak manja camtu..parents nowadays selalu manjakan anak..aku tau aa..you want to give your children thing that you could not afford when you were little..but damn man..that's just a little bit much don't you think? cikgu nak cubit sikit pon tak boleh...that's too overprotective...kalo aku kena cubit ngan cikgu ke denda ke apa..takde keje aku nak bagi tau mak aku..lagi teruk aku kena ada..."aa? kena cubit ngan cikgu..asal cubit jer? asal tak kena libas ngan rotan jer? uish..kena call cikgu tu nak tanya asal tak rotan..speaking of rotan..mari sini mak substitute cikgu tu.." that would be my mother if i was scolded or kena denda ngan cikgu...maybe some of you will say..uish ganas nyer mak mamat nih..ye..mmg ganas...tapi ganas tu ler kasih sayang yg membolehkan aku sampai ke menara gading kat US nih..kalo mak aku cam mak bapak budak dalam surat khabar nih..dah lama aku keje sapu sampah(no offense)...balik pada cikgu tu..mana ada org skang nak jadik cikgu dah? sebab benda2 camni ler..sentuh sket anak ko.."see you in court" terus kena...sentuh sket pon takleh ke? camtu aku pon tanak jadi cikgu...parents made the profession a hard profession...dulu kalau tanya cikgu2 yg dah bersara skarang...kenapa jadi cikgu...diorang mesti jawab..nak mendidik anak nusa dan bangsa..skang tanya cikgu yg muda2 nih.."kantoi exam aa..terpaksa"..."ala..ajar bebudak je pon..senang jer"..apa shit? teachers in the old days were always respected..even when their students dah keje pon they still respect their teachers..walopon dulu mmg ko anak murid paling setan dalam klas..ko still respek cikgu ko..tapi skang..adoii..there are no words aa to describe...mmg ramai jer guru skang..tapi quality..adeh..quantiti jer..quality takde...kalo bole..aku bole jadik cikgu..sebab..aku rasa terkilan kat masyarakat malaysia skang..but with my short temper..and all the stupid parents that pampers their stupid children..kang ada aku naik turun court jer cam cikgu kat dalam surat khabar nih....but i salute this teacher..she has the guts to punish her students when they did something wrong when she knew (maybe she didn't..who knows..) that she is going to be scolded and rediculed by the student's parents and society. she is just doing her job..to educate our future leaders..now who wants future leaders who can't stand up for themselves and always go to others for solutions to simple problems? think about it...