Friday, August 5, 2005

apsal asyik sangat?..AF je pon..

dipetik dari Utusan Malaysia 5 ogos..agaknya..

Bunga api di Felda Taib Andak jika Mawi juara
JOHOR BAHRU 4 Ogos - Pancaran bunga api untuk pertama kalinya akan menerangi ruang udara kawasan perkampungan Felda Taib Andak, Kulai jika Asmawi Ani atau Mawi menjuarai konsert akhir Akademi Fantasia 3 (AF3) di Stadium Melawati, Shah Alam Sabtu ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Permai, Zainal Abidin Jidin berkata, pertunjukan bunga api itu merupakan antara program serta merta yang dirancang bagi meraikan kemenangan anak peneroka Felda Taib Andak itu nanti.
Malah beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk mengaktif dan mengembangkan semula aktiviti nasyid, marhaban dan berzanji yang sedia ada di kawasan berkenaan.
``Sebagai pemimpin masyarakat, kami akan menggunakan pengaruh populariti Mawi sebagai agenda untuk membentuk moral dan kegiatan sosial secara lebih berfaedah,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, pengaruh Mawi sebagai anak muda yang mencintai dan cemerlang dalam tilawah al-Quran, nasyid, berzanji dan marhaban serta menjadi finalis paling popular dalam konsert AF3 wajar dimanfaatkan untuk membentuk moral baik golongan belia.
Sambil berharap Mawi akan menang pada konsert akhir nanti, Zainal Abidin meminta seluruh peminat dan penyokong setianya memberi undi kepada anak Felda itu bagi membolehkannya muncul sebagai juara.
Kejayaan Mawi mara hingga ke peringkat akhir pertandingan itu menyebabkan pelbagai pihak turut berasa bangga dengan kemampuannya dan masyarakat Felda Taib Andak memberi sokongan penuh kepadanya.
Malah Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) juga akan memasang skrin besar di Felda Taib Andak untuk membolehkan peneroka di kampung itu menyaksikan persembahan Mawi.

ok aa..aku ngaku aa dulu aku pon tengok AF 2..kenal gak aa ramai org..so aku bukan nak condem ke apa sebab aku tau kalo aku kondem org cam aku kondem diri aku sendiri aa sebab aku pon layan gak AF..

but..apsal nak sampai berbunga api nih?..huhu..nak kata aku jeles ada aa jugak..aku balik kampung takde pon org pasang bunga api utk aku..harharhar..tapi tu aa..benda remeh je ni beb..nak sampai berbunga api..so he wins the tournament so what..good for him la kan..bersyukur buat doa selamat dah aa..don't go overboard..org US ada gak die hard fan american idol ke survivor ke apa ke..tapi takde aa sampai buat bakar bunga api kalo idola diorg menang...huhu..ntah la..negara maju 202?..bole jek kot..ubah sket aa perangai tu dulu baru aa negara maju 2020...ok?..

No comments:

Post a Comment