aku seorang yang bangga dengan bangsaku sendiri. dalam masa 48 tahun bumiku merdeka, Malaysia telah menjadi salah satu negara yang membangun dengan pesat. tapi dalam rasa bangga dengan kejayaang negara, adakalanya terluka juga hati anak watan Melaka ini. walaupun kita telah merdeka, tapi lihatlah tingkah laku anak malaysia sekarang. bermacam2 kerenah dan salah laku yang berlaku. apakah kita sudah lupa dari mana asal usul kita? adakah kita lupa yang dahulu nenek moyang kita pertahankan negara hingga ke titisan darah yang terakhir. tetapi, apakah yang dilakukan oleh generasi kita sekarang untuk membalas jasa mereka? benar, ada segelintir daripada kita yang menghargai pengorbanan mereka itu. segelintir daripada kita telah menunjukkan kepada dunia yang anak Malaysia boleh melakukan apa sahaja. tapi, kenapa hanya segelintir?..kenapa tidak semua? apakah kita fikir, merdeka sekali akan merdeka selama-lamanya? jangan berfikir begitu wahai anak jati Malaysia. seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, perjuangan kita belum lagi selesai. walau betapa hebat pun kita di mata dunia perjuangan kita masih lagi belum selesai. walaupun teknologi negara semakin berkembang maju, mengapa adab dan tata susila kita semakin menurun. apakah adab dan tata susila itu bayaran untuk membangunkan negara? tidak! kita harus menjaga adab dan tata susila kita. because that's who we are. adab dan tata susila adalah sesuatu yang penting dalam hidup seorang anak Malaysia. seperti kata Hang Tuah, takkan melayu hilang di dunia. benar, melayu tidak akan hilang di dunia. tetapi, jika kita masih lagi alpa dan berangan2 kosong setiap hari. mungkin suatu hari nanti Melayu akan pupus sama sekali. jangan di pandang remeh masalah yang di hadapi oleh Malaysia sekarang. kerana kita tahu yang Melayu mudah lupa....
Keranamu Malaysia,
Tegakkan nusa gagahkan bangsa,
Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan
Bersama mensesah pekat malam, menerjah gelombang
Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung
jalan
Walau berdepan sejuta rintangan
Sekali pun jatuh di medan perjuangan
Namun tetap meredah, mencapai wawasan
Alangkah damainya negeri ku ini
Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai
Bangsa bersatu berjiwa waja
Semangat patriotik kian membara
Dunia sudah membuka mata
Penghormatan kini menjadi nyata
Tiada lagi penindasan
Tiada lagi penghinaan
Kemerdekaan terus terpelihara
Damainya negeriku... Malaysia.
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
-Tun Dr. Mahathir Mohamad-
No comments:
Post a Comment