Kasanova peras ugut wanita profesional menyerah diri
Oleh RAHMAN DAUD
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Kelicikan seorang kasanova memerangkap dan memeras ugut wanita muda dan profesional di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lalu untuk kesenangan hidupnya terbongkar minggu lalu apabila seorang mangsa membuat laporan polis.
Lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 30-an mencari mangsa melalui Internet menggunakan nama samaran Joe dan Syafiq.
Kegiatan lelaki itu memeras wanita-wanita yang menjadi kekasihnya dengan mengugut untuk mengedarkan gambar-gambar ghairah mereka yang dirakamkan melalui telefon bimbit berkamera berakhir semalam apabila dia menyerah diri kepada polis.
Gambar-gambar ghairah dalam pelbagai aksi itu dijadikan bahan ugutan supaya wanita-wanita berkenaan menyerahkan harta benda termasuk wang, rumah dan kenderaan.
Gambar
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Arjunaidi Mohamed ketika mengesahkan penahanan lelaki itu berkata, suspek yang lari daripada buruan polis sejak minggu lalu menyerah diri di Balai Polis Brickfields, semalam.
Beliau berkata, kebanyakan mangsanya berpendapatan tinggi dan masih belum bersuami seperti pensyarah, guru, eksekutif dan pengurus syarikat berumur dalam lingkungan 20-an.
``Setakat ini tujuh wanita dikenal pasti menjadi mangsa. Kita percaya ramai lagi pernah menjadi mangsa lelaki itu,'' ujarnya.
Arjunaidi berkata, semasa mereka menjalin hubungan cinta, suspek akan mengambil peluang merakam gambar mangsa yang mempunyai unsur lucah sebagai perangkap untuk memeras ugut.
``Siasatan mendapati suspek memperoleh hasil lumayan daripada kegiatannya termasuk kad kredit, rumah dan kondominium selain tiga kereta termasuk Proton Satria dan Waja milik mangsa-mangsanya,'' kata beliau.
Polis meminta wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil membuat laporan polis.
haii..senang jek mamat nih ayat pompuan camtu..apa la nak jadik..ni mesti muka cam brad pitt nih..hahahaha..kesian kat pompuan2 tu sume..ye aa..ingat cam dah dapat aa pasangan yg di idam2kan..rupanya musang berbulu ayam..tapi sebenornye salah diaorg jugak..yg gi bagi dia amik gamba2 ghairah tu wat pe? adeh..senang btol aa kena makan pujuk pompuan malaysia skang nih..ilek2 cik kak oii..muka baik tak semesti hati putih berseri...cam citer epal aku aa ari tuh..kulit luar licin merah menyala mana tau dalam ada ulat?...huhu..entah aa..pandai2 aa jaga diri cik kak oii..lelaki ni kekadang takleh caya sebenornyer..tapi tu aa..ada sesetengah tu mulut dia cam lagik manis dari madu..tu yg cik kak sume tak tahan kan?..teruih cair..heh..bagi gambo ghairah tu..apa citer sampai bole dapat gambo ghairah nih?..gile power ayat mamat nih...hahahaha..tapi all jokes aside sebenornyer tak baik aa dia manipulasikan mulut dia yg manis tu wat camtu..tak baik siot..mainkan hati pompuan..tak tau aa kan...tapi bagi aku aa hati pompuan tu mmg lembut sangat, tapi kekadang keras jugak..fleksible aa kira..silap handle jek..bole pecah beb...tu aa..jagalah hati pompuan..aku?...aku kisah apa..hahaha...takde2..btol aa jaga ati pompuan..kalo aku aku pon jaga ati pompuan..hati mak aku...aku jaga..pompuan gak apa..huhu..
anyway..ari nih aku penat gile tapi hw bertimbun nak mampos...adeh..nak nangis camni...tadi men bola..score lagik..huhu..ingat nak men basket plak..veale tutup daa..adeh..penat jek gi veale...tu jek kot buat masa nih..calos
~nuff said~
No comments:
Post a Comment